Jumaat, 17 Jun 2011

pemain malaysia bermain di luar negara

Brendan Gan, Sydney FC

Tam Sheang Tsung,  Sagan Tosu JC

Tadashi Takeda, Fagiano Okayama FC
Titus James Palani, CS Meaux
 Nicholas Chan, West Ham - Kelantan

Stanley Bernard Samuel, Sporting de Goa - Sabah

Ash Hameed, Queens Park Rangers
Wan Kuzain Wan Kamal, United States

Shaun Maloney, Celtic (Play For Scotland)

bakat muda

Nicholas Chan Opsyen Terbaik Untuk Skuad Negara




Nicholas Chan 19 tahun anak kepada pemilik kelab Liga Kejohanan , Cardiff City Dato Chan Tien Ghee mendapat peluang untuk mencuba nasib di kelab itu. Dia tidak pernah beraksi bersama mana - mana kelab di liga super atau liga perdana di Malaysia tapi sebelum ini, dia pernah mencuba nasib di kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United dan Stoke City. Dia boleh dianggap " utility player" kerana boleh bermain di bahagian pertahanan dan tengah.

Seorang lagi pemain yang berbakat terlepas pandang oleh FAM. Hairan jugak kerana tiada sebarang publisiti dan tiada pernah dipelawa untuk beraksi sekurang- kurangnya bersama skuad Harimau Muda. Mungkin ramai akan kata " Mesti dia guna pengaruh ayahnya ". Ok....
Saya akan ceritakan serba sedikit pengalamannya sebelum dia pergi ke tahap ini. Mungkin ini akan merubah segala persepsi para pembaca yang dikasihi sekalian.

Mula belajar bermain bola sepak ketika kecil lagi dan hanya bermain di kawasan rumahnya bersama bekas pemandu ayahnya yang merupakan bekas pemain bola sepak. Ayahnya sendiri kurang berpengetahuan pasal bola sepak dan pembelian kelab Cardiff pun di ketahui melalui Nicholas sendiri ketika dia menghantar permohonan untuk mencuba nasib di kelab - kelab di Britain.

Karier bola sepaknya bermula ketika berusia 15 tahun, ketika itu dia menuntut sekolah Sri KDU dengan menyertai kejohanan Piala Gothia di Sweden. Piala Gothia bukan calang - calang kejohanan kerana telah melahirkan beberapa pemain yang terkemuka di dunia antaranya Alan Shearer, Andrea Pirlo, Xabi Alonso dan Emanuel Adebayor.


Gothia cup, Sweden

Untuk merebut tempatnya ke kejohanan itu, dia terpaksa melalui rejim pemilihan yang agak ketat bermula pada April 2004. Seramai 60 orang termasuknya terpaksa bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat mereka di mana setiap minggu seorang atau dua orang akan disingkirkan. Dia berjaya dengan segala ujian tersebut dan diterima menyertai pasukan itu yang dinamakan KL International kerana dibarisi oleh pemain - pemain campuran dari beberapa negara seperti Malaysia, India, China, Sri Lanka, Jepun, British dan dari negara penganjur sendiri iaitu Sweden!

Di kejohanan itu, mereka bermain 5 perlawanan di mana mereka menang 3 perlawanan dan mengalami 2 kekalahan untuk menduduki tempat ke 16 dari 42 pasukan dalam kategori yang mereka sertai. Di situlah dia mengutip pengalaman yang amat berharga dan banyak belajar erti disiplin, kerjasama antara rakan sepasukan, kepimpinan, semangat daya juang dan keyakinan.


Tahun lepas dia menjalani percubaan di West Ham melalui kenalannya yang berada di Newcastle. Dia mendapat pengalaman permainan selama 7 minit dalam liga simpanan selepas menggantikan Ricardo Scimeca pada minit 83 dimana perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 1 - 1 dan selepas itu diberi peluang untuk beraksi ketika menentang pasukan Hereford.


Ketika di West Ham United


Ketika ini dia masih berada di Malaysia untuk menghabiskan pengajian peringkat A -Level dan selepas tamat, dia dijangka kembali ke sana untuk mencuba nasib untuk beraksi di Cardiff City.
Dia pernah ditawarkan beraksi di Major League Soccer namun menolaknya kerana dia lebih berminat beraksi di Eropah berbanding di sana.

Khamis, 16 Jun 2011

Kalo sekarang sebut apa sahaja berita sukan mengenai bolasepak kat malaysia skrg nie semua rujuk EPL, LA LIGA, SERIE A, LIGA JERMAN dan seluruh LIGA yang berdaftar dengan FIFA. Sedangkan dahulu Malaysia antara kuasa bolesepak di peringkat ASIA..bukan ASEAN..sekali lagi saya sebut –> ASIA…!!! Sedangkan seperti yang kita maklum BOLASEPAK adalah sukan NO 1 yang diminati oleh semua peringkat umur.
Tapi dimana silapnya halatuju bolasepak kita sekarang?
Berita Sukan Terkini - Skuad Malaysia Tahun 1980

15 stadium terbesar di dunia

1. Rungrado May Day Stadium
Terletak di Pyongyang, Korea Utara dan mampu menampung 150.000 penonton


2. Salt Lake Stadium
Terletak di Calcutta, India dan mampu menampung 120,000 penonton

3. Estadio Azteca
Terletak di Mexico City, Mexico Mexico dan mampu menampung 114,465 penonton

4. Bukit Jalil National Stadium
Terletak di Kuala Lumpur, Malaysia dan mampu menampung 110,000 penonton

5. Jawaharlal Nehru Stadium
Terletak di New Delhi, India dan mampu menampung 100,000 penonton

6. Melbourne Cricket Ground
Terletak di Melbourne, Australia dan mampu menampung 100,000 penonton

7. Camp Nou
Stadium ini di miliki oleh kelab sepak bola BARCELONA, stadium ini terletak Barcelona, Spain yang mampu menampung 98,772 penonton

8. Est dio do Maracan
Terletak di Rio de Janeiro, Brazil mampu menampung 95,000 penonton

9. Wembley Stadium
Stadium ini adalah stadium kebanggaan warga England terletak di London, England mampu menampung 90,000 penonton

10. Azadi Stadium
Terletak di Teheran, Iran stadium ini mampu menampung 90,000 penonton

11. Gelora Bung Karno Stadium
Stadium terbesar di Indonesia ini yang terletak di Jakarta, Indonesia mampu menampung 88,000 penonton

12. Luzhniki Stadium
Stadium ini terletak di Moscow, Russia mampu menampung 84,745 penonton

13. Telstra Stadium
Stadium ini terletak Sydney, Australia mampu menampung 83,500 penonton

14. Olimpiyskiy
Stadium ini terletak di Kyiv. Ukraine mampu menampung 83,450 penonton

15. Stadio Giuseppe Meazza
Stadium ini adalah stadium dari 2 kelabb besar di Italia iaitu Inter Milan dan AC Milan, tapi Untuk Stadium AC Milan Stadium ini bernama SAN SIRO, stadium ini terletak di Milan, Italia mampu menampung 82,955 penonton


Kenapa Harimau Malaya bukan Harimau Malaysia?

Kenapa Harimau Malaya bukan Harimau Malaysia?: "Kelakar bila tengok isu nama 'Harimau Malaya' kini sudah dipolitikkan; dan isu ini disuarakan oleh seorang YB dari tanah Borneo. Katanya, ..."

kelantan vs pelita jaya

kelantan akan menetang pelita jaya pada perlawanan persahabatan yang akan diadakan pada 2 julai di stadium sultan muhammad ke iv.kelantan juga akan menyenaraikan pemain import dari croatia,bosnia,nigeria dan mungkin juga england.

Rabu, 15 Jun 2011

penjaring terbanyak liga super 15 jun 2011

Persaingan merebut gelaran penerima Kasut Emas Liga Super semakin hangat dengan 2 pemain berada di tangga teratas senarai masing-masing menjaringkan 1 gol semalam. Ini bermakna Norshahrul masih mendahului Abdul Hadi dengan perbezaan 1 gol dimana Norshahrul kini mengumpul 17 gol berbanding 16 oleh Hadi. Pemain-pemain lain semakin sukar untuk mengejar kedua pemain ini dengan baki perlawanan hanya tinggal 1 sahaja lagi. Penentuan pemilik Kasut Emas juga akan ditentukan pada perlawanan terakhir Liga pada 6 julai nanti. Berikut senarai Terkini Penjaring Terbanyak Liga Super selepas 25 perlawanan:





pemain termahal di malaysia


Azman Adnan mula mencipta nama bersama skuad Olimpik Barcelona negara di bawah kendalian Chow Kwai Lam, namun kejayaannya menjaringkan 22 gol untuk Kuala Lumpur dalam saingan musim 1991 ketika hanya berusia 21 tahun menarik minat Selangor, Pahang dan Kedah untuk mendapatkan khidmat beliau.

Kuala Lumpur dalam usaha mereka untuk memastikan ayam tambatan mereka tidak terlepas tidak teragak-agak untuk meletakkan harga RM1 juta kepada mana-mana pasukan yang ingin mendapatkan khidmat Azman. Namun hasil perbincangan lanjut, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Tan Sri Elyas Omar bersetuju melepaskan Azman ke Selangor dengan yuran perpindahan dalam lingkungan RM250,000 - RM300,000, satu jumlah yang kekal tertinggi di kalangan pemain tempatan sehingga ke hari ini.
"Antara skill yg jarang dimiliki oleh pemain lain, Azman mampu melakukan sepakan sambil berlari kiri dan kanan.Pergerakan badan beliau yg mengelirukan pertahanan"

liga super 14 jun 2011

kelantan 1-0 perak
johor fc 2-1 pahang
kedah 1-1 n.sembilan
terengganu3-2 tteam
perlis0-1 sabah
selangor 2-1 felda united

lagenda supermokh

Imbasan kenangan 1982 perlawanan persahabatan diantara Selangor menentang Boca Juniors berkesudahan Boca Juniors menang 2-1 ke atas Selangor. Boca yang diketuai oleh Maradona bintang langenda bola sepak dunia turut mengagumi kehebatan Mokhtar Dahari sehingga  Majalah World Star Soccer mengiktiraf beliau sebagai Penyerang Terbaik Asia



Selain itu, beliau juga turut membantu Malaysia memenangi perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Juara Piala FA 1975 iaitu Arsenal. Perlawanan tersebut berkesudahan Malaysia menang 2-0. Ketika itu Arsenal di wakili oleh pemain handalan seperti Rimmer, Moncini, Storey dan Kidd.

Melalui imbasan ini telah terbukti bahawa Mokhtar Dahari adalah seorang bintang lagenda bola sepak negara  yang tiada tolok tandingnya.

Isnin, 13 Jun 2011

skuad olimpik

qatar 4-0 malaysia..
malaysia memberi tentangan sengit pada separuh masa kedua.OKS memasukkan wan zaharulnizam,wan zack haikal dan syahrul azwari pada separuh masa kedua.syahrul azwari mengucar kacirkan pertahanan qatar tapi syahrul azwari gagal menggunakan peluang tersebut.

Sabtu, 11 Jun 2011

mStar Online : Khairul Fahmi Berlakon Muzik Video Andi

mStar Online : Khairul Fahmi Berlakon Muzik Video Andi

PETALING JAYA: Penyanyi Andi A Merican sanggup menunggu penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk melakonkan muzik video pertamanya berjudul Solo yang akan dilancarkan pada Khamis ini.

Andi berkata, dia mengambil masa selama tiga bulan menunggu maklum balas Khairul Fahmi kerana pemain bola sepak itu sibuk dengan perlawanan dan latihan selain merupakan anggota pasukan bola sepak Kelantan.

“Saya tunggu Apek selama tiga bulan untuk menjayakan muzik video ini. Jadi, apabila dia mempunyai masa terluang dan boleh turun ke Kuala Lumpur untuk latihan pasukan kebangsaan baru dia boleh melakukan penggambaran itu dan pihak produksi perlu mengikut masanya.

“Bekerjasama dengannya sangat seronok kerana dia seorang yang merendah diri dan kelakar,” kata Andi kepada mStar Online.

Jumaat, 10 Jun 2011

kasut but final piala fa

                                     but yang akan digunakan pemain terengganu pada final palai fa..

Selasa, 7 Jun 2011

bukan sekadar penuhi undangan

JIKA ada pihak menganggap kunjungan Liverpool ke Malaysia sekadar memenuhi undangan, mereka sebenarnya silap kerana skuad kendalian Kenny Dalglish itu menyifatkan pertemuan dengan Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, 16 Julai ini cukup bermakna.
Perlawanan sempena Jelajah Asia Liverpool itu yang pertama kali diadakan di negara ini bukan saja penting untuk persiapan musim baru skuad The Reds sebaliknya sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia mereka di sini.

Menurut Pengarah Urusan Liverpool FC, Ian Ayre, beliau sempat berbual dengan Dalglish serta pemain mengenai lawatan ke Malaysia dan mereka teruja untuk turut serta dalam jelajah pra-musim ini.

“Saya memaklumkan kepada pengurus kami, Kenny Dalglish, kapten Steven Gerrad dan pemain mengenai jelajah ini, ternyata mereka tidak sabar untuk datang ke sini buat kali pertama.

“Mungkin ada pihak menganggap perlawanan pra-musim ini tidak penting atau tidak begitu bermakna kepada pasukan ternama.

“Tapi bagi Liverpool, kami memandang serius pertemuan dengan pasukan Malaysia kerana bukan saja ia penting untuk pemain kekal cergas bagi musim baru Liga Perdana Inggeris tapi juga bagi memuaskan hati peminat,” katanya pada sidang media pengumuman Jelajah Asia Liverpool 2011 semalam.


Turut hadir pada majlis itu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Subahan Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank (Malaysia) Osman Murad dan Ketua Pengawai Eksekutif ProEvents International, Julian Kam.

Bagi peminat juara 18 kali Liga Perdana Inggeris dan lima trofi kejuaraan Eropah, Liverpool, mereka boleh menonton aksi bintang seperti Luis Suarez, Pepe Reina, Jamie Carragher, Raul Meireles dan Dirk Kuyt beraksi dengan mendapatkan tiket berharga RM388, RM108, RM68 dan RM58 menerusi laman web www.ticketpro.com.my serta di kaunter Ticketpro.

Sementara itu, Ayre mengesahkan pihak pengurusan Liverpool bersedia untuk bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dalam melaksanakan program pembangunan bola sepak.

“Kami harap kerjasama dengan KLFA ini dapat diadakan dalam jangka masa yang lama, ia bukan sekadar akademi bola sepak tapi untuk pembangunan secara menyeluruh sama seperti yang dilakukan di enam lokasi lain termasuk di India sebelum ini,” katanya.

Berita itu disambut baik Presiden KLFA, Datuk Astaman Abdul Aziz yang mengharapkan kerjasama dengan kelab gergasi Inggeris bermula 1 Ogos ini dapat mencapai misi mereka melahirkan ramai pemain berbakat bermula dari usia 14 tahun hingga 17 tahun.

Isnin, 6 Jun 2011

liga super 6 jun 2011

keputusan..
selangor 7-1 perlis
terengganu 0-3 kelantan
johor fc 1 - 1 perak
felda 1-2 kedah
negeri sembilan 4- 0 tteam

cartaliga(3 teratas)..
kelantan 50
selangor 48
terrengganu 47..

cambodia vs malaysia

terima kasih astro arena kerana menyiarkan siaran langsung combodia olimpik menentang pasukan harimau muda(malaysia olimpik)

Sabtu, 4 Jun 2011

west ham anggap tawaran fernandez jenaka

usahawan malaysia,tony fernandez membidas kelab bola sepak england,west ham selepas memperkecilkan tawarannya untuk membeli pegangan dalam kelab itu sebagai murah dan menghairankan.baik anda buat keputusan sullivan dan gold.satu ketika anda berkata tiada tawaran dan selepas itu anda berkata ia adalah tawaran jenaka.ia adalah tawaran menarik dan pasti akan membawa orang yang bagus,kata tony fernandez menerusi twitter.

kasut safee sali di pelita jaya

kasut yang di pakai safee sali di pelita jaya tertera nama safee sali.

Jumaat, 3 Jun 2011

hadi wira harimau malaya

penyerang terengganu,abdul hadi menjadi wira apabila jaringannya membantu mengikat hong kong 1-1 dalam perlawnan persahabatan di hong kong mlm tadi.penyerang berbisa itu menyamakan kedudukan selepas enam minit masuk menggantikan safee sali.

keputusan hong kong vs malaysia 3 jun 2011

hong kong(1) vs malaysia(1)

Rabu, 1 Jun 2011

dulu dan sekarang

ble aku tngok blik corak p'mainan supermokh,mmang t'baek.dkat malaysia nie,aku rse supermokh pling perfect.bola sepak malaysia skang nie pn ok jgak tpi kne brusaha lbih skit klau nk tawan asia.skang malaysia mampu lahirkan p'main yg b'bakat sperti wan zack wan haikal,fandi othman dan rmai lgi.klau bleh hrap ada p'main yg lbih baek dri supermokh.stu bnda lgi aku nk tgur,penyokong2 yg dtg ke stadium jngan la bt hal.klau pnyokong bt hl,smpai bla liga negara kta nk maju.kta ambl contoh liga indonesia,penyokong2 mreka semua gempak.klau ngara negara lain bleh bt,nape malaysia xbleh bt.klu p'mainan first class tpi pnyokong hampeh,xde gne..so,klau nk tngok liga negara kta mju,semua kna memainkan peranan.