Jumaat, 17 Jun 2011
pemain malaysia bermain di luar negara
bakat muda



Khamis, 16 Jun 2011
Tapi dimana silapnya halatuju bolasepak kita sekarang?

15 stadium terbesar di dunia
Terletak di Pyongyang, Korea Utara dan mampu menampung 150.000 penonton
2. Salt Lake Stadium
Terletak di Calcutta, India dan mampu menampung 120,000 penonton

3. Estadio Azteca
Terletak di Mexico City, Mexico Mexico dan mampu menampung 114,465 penonton

4. Bukit Jalil National Stadium
Terletak di Kuala Lumpur, Malaysia dan mampu menampung 110,000 penonton

5. Jawaharlal Nehru Stadium
Terletak di New Delhi, India dan mampu menampung 100,000 penonton

6. Melbourne Cricket Ground
Terletak di Melbourne, Australia dan mampu menampung 100,000 penonton

7. Camp Nou
Stadium ini di miliki oleh kelab sepak bola BARCELONA, stadium ini terletak Barcelona, Spain yang mampu menampung 98,772 penonton

8. Est dio do Maracan
Terletak di Rio de Janeiro, Brazil mampu menampung 95,000 penonton

9. Wembley Stadium
Stadium ini adalah stadium kebanggaan warga England terletak di London, England mampu menampung 90,000 penonton

10. Azadi Stadium
Terletak di Teheran, Iran stadium ini mampu menampung 90,000 penonton

11. Gelora Bung Karno Stadium
Stadium terbesar di Indonesia ini yang terletak di Jakarta, Indonesia mampu menampung 88,000 penonton

12. Luzhniki Stadium
Stadium ini terletak di Moscow, Russia mampu menampung 84,745 penonton

13. Telstra Stadium
Stadium ini terletak Sydney, Australia mampu menampung 83,500 penonton

14. Olimpiyskiy
Stadium ini terletak di Kyiv. Ukraine mampu menampung 83,450 penonton

15. Stadio Giuseppe Meazza
Stadium ini adalah stadium dari 2 kelabb besar di Italia iaitu Inter Milan dan AC Milan, tapi Untuk Stadium AC Milan Stadium ini bernama SAN SIRO, stadium ini terletak di Milan, Italia mampu menampung 82,955 penonton

Kenapa Harimau Malaya bukan Harimau Malaysia?
kelantan vs pelita jaya
Rabu, 15 Jun 2011
penjaring terbanyak liga super 15 jun 2011
pemain termahal di malaysia
Azman Adnan mula mencipta nama bersama skuad Olimpik Barcelona negara di bawah kendalian Chow Kwai Lam, namun kejayaannya menjaringkan 22 gol untuk Kuala Lumpur dalam saingan musim 1991 ketika hanya berusia 21 tahun menarik minat Selangor, Pahang dan Kedah untuk mendapatkan khidmat beliau.
liga super 14 jun 2011
johor fc 2-1 pahang
kedah 1-1 n.sembilan
terengganu3-2 tteam
perlis0-1 sabah
selangor 2-1 felda united
lagenda supermokh
Melalui imbasan ini telah terbukti bahawa Mokhtar Dahari adalah seorang bintang lagenda bola sepak negara yang tiada tolok tandingnya.
Isnin, 13 Jun 2011
skuad olimpik
malaysia memberi tentangan sengit pada separuh masa kedua.OKS memasukkan wan zaharulnizam,wan zack haikal dan syahrul azwari pada separuh masa kedua.syahrul azwari mengucar kacirkan pertahanan qatar tapi syahrul azwari gagal menggunakan peluang tersebut.
Sabtu, 11 Jun 2011
mStar Online : Khairul Fahmi Berlakon Muzik Video Andi
PETALING JAYA: Penyanyi Andi A Merican sanggup menunggu penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk melakonkan muzik video pertamanya berjudul Solo yang akan dilancarkan pada Khamis ini.
Andi berkata, dia mengambil masa selama tiga bulan menunggu maklum balas Khairul Fahmi kerana pemain bola sepak itu sibuk dengan perlawanan dan latihan selain merupakan anggota pasukan bola sepak Kelantan.
“Saya tunggu Apek selama tiga bulan untuk menjayakan muzik video ini. Jadi, apabila dia mempunyai masa terluang dan boleh turun ke Kuala Lumpur untuk latihan pasukan kebangsaan baru dia boleh melakukan penggambaran itu dan pihak produksi perlu mengikut masanya.
“Bekerjasama dengannya sangat seronok kerana dia seorang yang merendah diri dan kelakar,” kata Andi kepada mStar Online.
Jumaat, 10 Jun 2011
Selasa, 7 Jun 2011
bukan sekadar penuhi undangan
Perlawanan sempena Jelajah Asia Liverpool itu yang pertama kali diadakan di negara ini bukan saja penting untuk persiapan musim baru skuad The Reds sebaliknya sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia mereka di sini.
Menurut Pengarah Urusan Liverpool FC, Ian Ayre, beliau sempat berbual dengan Dalglish serta pemain mengenai lawatan ke Malaysia dan mereka teruja untuk turut serta dalam jelajah pra-musim ini.
“Saya memaklumkan kepada pengurus kami, Kenny Dalglish, kapten Steven Gerrad dan pemain mengenai jelajah ini, ternyata mereka tidak sabar untuk datang ke sini buat kali pertama.
“Mungkin ada pihak menganggap perlawanan pra-musim ini tidak penting atau tidak begitu bermakna kepada pasukan ternama.
“Tapi bagi Liverpool, kami memandang serius pertemuan dengan pasukan Malaysia kerana bukan saja ia penting untuk pemain kekal cergas bagi musim baru Liga Perdana Inggeris tapi juga bagi memuaskan hati peminat,” katanya pada sidang media pengumuman Jelajah Asia Liverpool 2011 semalam.
Turut hadir pada majlis itu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Subahan Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank (Malaysia) Osman Murad dan Ketua Pengawai Eksekutif ProEvents International, Julian Kam.
Bagi peminat juara 18 kali Liga Perdana Inggeris dan lima trofi kejuaraan Eropah, Liverpool, mereka boleh menonton aksi bintang seperti Luis Suarez, Pepe Reina, Jamie Carragher, Raul Meireles dan Dirk Kuyt beraksi dengan mendapatkan tiket berharga RM388, RM108, RM68 dan RM58 menerusi laman web www.ticketpro.com.my serta di kaunter Ticketpro.
Sementara itu, Ayre mengesahkan pihak pengurusan Liverpool bersedia untuk bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dalam melaksanakan program pembangunan bola sepak.
“Kami harap kerjasama dengan KLFA ini dapat diadakan dalam jangka masa yang lama, ia bukan sekadar akademi bola sepak tapi untuk pembangunan secara menyeluruh sama seperti yang dilakukan di enam lokasi lain termasuk di India sebelum ini,” katanya.
Berita itu disambut baik Presiden KLFA, Datuk Astaman Abdul Aziz yang mengharapkan kerjasama dengan kelab gergasi Inggeris bermula 1 Ogos ini dapat mencapai misi mereka melahirkan ramai pemain berbakat bermula dari usia 14 tahun hingga 17 tahun.
Isnin, 6 Jun 2011
liga super 6 jun 2011
selangor 7-1 perlis
terengganu 0-3 kelantan
johor fc 1 - 1 perak
felda 1-2 kedah
negeri sembilan 4- 0 tteam
cartaliga(3 teratas)..
kelantan 50
selangor 48
terrengganu 47..
cambodia vs malaysia
Sabtu, 4 Jun 2011
west ham anggap tawaran fernandez jenaka
Jumaat, 3 Jun 2011
hadi wira harimau malaya
Rabu, 1 Jun 2011
dulu dan sekarang
Selasa, 31 Mei 2011
Tadashi Takeda
tidak sempat tunjuk bakat sebenar
Dalam era bola sepak moden, hanya ada beberapa pemain tempatan yang pernah berani mencuba nasib di luar namun sayangnya tidak sempat untuk menunjukkan bakat sebenar, mereka diminta atau terpaksa pulang ke tanah air sehingga akhirnya menamatkan karier di liga tempatan.
Antara nama terawal pernah berkelana di luar negara termasuklah Lim Teong Kim yang pernah bermain untuk Hertha Berlin di liga Jerman pada tahun 1988 dan kini menjadi jurulatih untuk pasukan remaja Bayern Munich.
Memasuki dekad 2000, Akmal Rizal Ahmad Rakhli boleh dianggap pemain paling berjaya mencuba nasib di luar negara apabila pernah beraksi di RC Strasbourg dan FCSR Haguenau di Perancis. Ketika eranya juga muncul Mohd Fadzli Saari dan Rudie Ramli pernah beraksi di SV Wehen sebelum ketiga-tiga pemain ini kini beraksi di liga tempatan. Tidak lupa Titus James Palani yang pernah mencuba nasib di FC Villenoy kini beraksi di kelab divisyen tiga Perancis Nanteuil FC.
pemain negara dirisik kelab isl
On 4 February 2011, Brendan officially declared his interest and desire to play for Malaysia on a recent interview with Astro Awani. The possibility of Gan playing for Malaysia was first mooted in late 2009 when he spoke via telephone to the FourFourTwo (TV series) on Astro SuperSport. Brendan says that he had been watching Malaysia playing at the 2010 AFF Suzuki Cup and he was very interested to play with the Malaysian Tigers. The Football Association of Malaysia supported this decision and had allowed Brendan to play for Malaysia. This decision was encourage by Sydney FC and his father, who is a Malaysian Chinese from Negeri Sembilan, Malaysia.[12][13]
shaun maloney
ranking terbaru fifa
malaysia vs arsenal
malaysia perlu sediakan akademi bola sepak untuk remaja bawah 16 tahun
pemain muda tak hampakan peminat
Zainol berkata berikutan prestasi hambar di awal pusingan kedua, beliau menasihatkan pengurus pasukan, Kharul Azwan Harun supaya menurunkan pemain-pemain muda bertujuan memberi pendedahan kepada mereka.
“Saya nasihatkan Azwan supaya tidak terlalu pentingkan keputusan tahun ini sebaliknya perlu membina pasukan untuk menghadapi musim kedua.
“Ini kerana Perak terlalu bergantung kepada pemain senior di peringkat awal manakala pemain muda lebih banyak memanaskan kerusi simpanan. Alhamdullilah pasukan kini berada di atas landasan yang betul,” katanya.
Dengan hanya mengekalkan tiga tonggak lama, Khairi Zainuddin, kapten Shahrulnizam Mustapha dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli (gambar), jurulatih, Norizan Bakar memberi peluang kepada muka baru Wan Hossen Wan Abd Ghani dan Mohd Shazwan Ashraf Mathews yang menyaksikan perubahan nasib kepada pasukan itu dalam tiga perlawanan terakhirnya.
Mengenai penyingkiran Razali Umar Kandasamy, Zainol yakin ia tidak menjejas moral pasukan kerana pemain Seladang sudah biasa dengan ketiadaannya selama ini.
“Saya berharap pemain menumpukan sepenuh perhatian kepada tugasan seterusnya memandangkan kini tinggal baki tiga perlawanan sahaja,”katanya.
Katanya baki tiga perlawanan iaitu bertemu Johor FC pada 6 Jun, Kelantan (14 Jun) dan Selangor ( 6 Julai) akan menentukan hala tuju pasukan Seladang.
safee belum buat keputusan
penyerang kebangsaan,mohd safee sali tidak menolak sebarang kemungkinan utk meninggalkan indonesia jika persatuan bola sepak negara itu dikenakan hukuman penggantungan oleh badan induk bola sepak antarabangsa.




















