Jumaat, 17 Jun 2011

pemain malaysia bermain di luar negara

Brendan Gan, Sydney FC

Tam Sheang Tsung,  Sagan Tosu JC

Tadashi Takeda, Fagiano Okayama FC
Titus James Palani, CS Meaux
 Nicholas Chan, West Ham - Kelantan

Stanley Bernard Samuel, Sporting de Goa - Sabah

Ash Hameed, Queens Park Rangers
Wan Kuzain Wan Kamal, United States

Shaun Maloney, Celtic (Play For Scotland)

bakat muda

Nicholas Chan Opsyen Terbaik Untuk Skuad Negara




Nicholas Chan 19 tahun anak kepada pemilik kelab Liga Kejohanan , Cardiff City Dato Chan Tien Ghee mendapat peluang untuk mencuba nasib di kelab itu. Dia tidak pernah beraksi bersama mana - mana kelab di liga super atau liga perdana di Malaysia tapi sebelum ini, dia pernah mencuba nasib di kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United dan Stoke City. Dia boleh dianggap " utility player" kerana boleh bermain di bahagian pertahanan dan tengah.

Seorang lagi pemain yang berbakat terlepas pandang oleh FAM. Hairan jugak kerana tiada sebarang publisiti dan tiada pernah dipelawa untuk beraksi sekurang- kurangnya bersama skuad Harimau Muda. Mungkin ramai akan kata " Mesti dia guna pengaruh ayahnya ". Ok....
Saya akan ceritakan serba sedikit pengalamannya sebelum dia pergi ke tahap ini. Mungkin ini akan merubah segala persepsi para pembaca yang dikasihi sekalian.

Mula belajar bermain bola sepak ketika kecil lagi dan hanya bermain di kawasan rumahnya bersama bekas pemandu ayahnya yang merupakan bekas pemain bola sepak. Ayahnya sendiri kurang berpengetahuan pasal bola sepak dan pembelian kelab Cardiff pun di ketahui melalui Nicholas sendiri ketika dia menghantar permohonan untuk mencuba nasib di kelab - kelab di Britain.

Karier bola sepaknya bermula ketika berusia 15 tahun, ketika itu dia menuntut sekolah Sri KDU dengan menyertai kejohanan Piala Gothia di Sweden. Piala Gothia bukan calang - calang kejohanan kerana telah melahirkan beberapa pemain yang terkemuka di dunia antaranya Alan Shearer, Andrea Pirlo, Xabi Alonso dan Emanuel Adebayor.


Gothia cup, Sweden

Untuk merebut tempatnya ke kejohanan itu, dia terpaksa melalui rejim pemilihan yang agak ketat bermula pada April 2004. Seramai 60 orang termasuknya terpaksa bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat mereka di mana setiap minggu seorang atau dua orang akan disingkirkan. Dia berjaya dengan segala ujian tersebut dan diterima menyertai pasukan itu yang dinamakan KL International kerana dibarisi oleh pemain - pemain campuran dari beberapa negara seperti Malaysia, India, China, Sri Lanka, Jepun, British dan dari negara penganjur sendiri iaitu Sweden!

Di kejohanan itu, mereka bermain 5 perlawanan di mana mereka menang 3 perlawanan dan mengalami 2 kekalahan untuk menduduki tempat ke 16 dari 42 pasukan dalam kategori yang mereka sertai. Di situlah dia mengutip pengalaman yang amat berharga dan banyak belajar erti disiplin, kerjasama antara rakan sepasukan, kepimpinan, semangat daya juang dan keyakinan.


Tahun lepas dia menjalani percubaan di West Ham melalui kenalannya yang berada di Newcastle. Dia mendapat pengalaman permainan selama 7 minit dalam liga simpanan selepas menggantikan Ricardo Scimeca pada minit 83 dimana perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 1 - 1 dan selepas itu diberi peluang untuk beraksi ketika menentang pasukan Hereford.


Ketika di West Ham United


Ketika ini dia masih berada di Malaysia untuk menghabiskan pengajian peringkat A -Level dan selepas tamat, dia dijangka kembali ke sana untuk mencuba nasib untuk beraksi di Cardiff City.
Dia pernah ditawarkan beraksi di Major League Soccer namun menolaknya kerana dia lebih berminat beraksi di Eropah berbanding di sana.

Khamis, 16 Jun 2011

Kalo sekarang sebut apa sahaja berita sukan mengenai bolasepak kat malaysia skrg nie semua rujuk EPL, LA LIGA, SERIE A, LIGA JERMAN dan seluruh LIGA yang berdaftar dengan FIFA. Sedangkan dahulu Malaysia antara kuasa bolesepak di peringkat ASIA..bukan ASEAN..sekali lagi saya sebut –> ASIA…!!! Sedangkan seperti yang kita maklum BOLASEPAK adalah sukan NO 1 yang diminati oleh semua peringkat umur.
Tapi dimana silapnya halatuju bolasepak kita sekarang?
Berita Sukan Terkini - Skuad Malaysia Tahun 1980

15 stadium terbesar di dunia

1. Rungrado May Day Stadium
Terletak di Pyongyang, Korea Utara dan mampu menampung 150.000 penonton


2. Salt Lake Stadium
Terletak di Calcutta, India dan mampu menampung 120,000 penonton

3. Estadio Azteca
Terletak di Mexico City, Mexico Mexico dan mampu menampung 114,465 penonton

4. Bukit Jalil National Stadium
Terletak di Kuala Lumpur, Malaysia dan mampu menampung 110,000 penonton

5. Jawaharlal Nehru Stadium
Terletak di New Delhi, India dan mampu menampung 100,000 penonton

6. Melbourne Cricket Ground
Terletak di Melbourne, Australia dan mampu menampung 100,000 penonton

7. Camp Nou
Stadium ini di miliki oleh kelab sepak bola BARCELONA, stadium ini terletak Barcelona, Spain yang mampu menampung 98,772 penonton

8. Est dio do Maracan
Terletak di Rio de Janeiro, Brazil mampu menampung 95,000 penonton

9. Wembley Stadium
Stadium ini adalah stadium kebanggaan warga England terletak di London, England mampu menampung 90,000 penonton

10. Azadi Stadium
Terletak di Teheran, Iran stadium ini mampu menampung 90,000 penonton

11. Gelora Bung Karno Stadium
Stadium terbesar di Indonesia ini yang terletak di Jakarta, Indonesia mampu menampung 88,000 penonton

12. Luzhniki Stadium
Stadium ini terletak di Moscow, Russia mampu menampung 84,745 penonton

13. Telstra Stadium
Stadium ini terletak Sydney, Australia mampu menampung 83,500 penonton

14. Olimpiyskiy
Stadium ini terletak di Kyiv. Ukraine mampu menampung 83,450 penonton

15. Stadio Giuseppe Meazza
Stadium ini adalah stadium dari 2 kelabb besar di Italia iaitu Inter Milan dan AC Milan, tapi Untuk Stadium AC Milan Stadium ini bernama SAN SIRO, stadium ini terletak di Milan, Italia mampu menampung 82,955 penonton


Kenapa Harimau Malaya bukan Harimau Malaysia?

Kenapa Harimau Malaya bukan Harimau Malaysia?: "Kelakar bila tengok isu nama 'Harimau Malaya' kini sudah dipolitikkan; dan isu ini disuarakan oleh seorang YB dari tanah Borneo. Katanya, ..."

kelantan vs pelita jaya

kelantan akan menetang pelita jaya pada perlawanan persahabatan yang akan diadakan pada 2 julai di stadium sultan muhammad ke iv.kelantan juga akan menyenaraikan pemain import dari croatia,bosnia,nigeria dan mungkin juga england.

Rabu, 15 Jun 2011

penjaring terbanyak liga super 15 jun 2011

Persaingan merebut gelaran penerima Kasut Emas Liga Super semakin hangat dengan 2 pemain berada di tangga teratas senarai masing-masing menjaringkan 1 gol semalam. Ini bermakna Norshahrul masih mendahului Abdul Hadi dengan perbezaan 1 gol dimana Norshahrul kini mengumpul 17 gol berbanding 16 oleh Hadi. Pemain-pemain lain semakin sukar untuk mengejar kedua pemain ini dengan baki perlawanan hanya tinggal 1 sahaja lagi. Penentuan pemilik Kasut Emas juga akan ditentukan pada perlawanan terakhir Liga pada 6 julai nanti. Berikut senarai Terkini Penjaring Terbanyak Liga Super selepas 25 perlawanan: